Majlis Rumah Terbuka Deepavali PPP (9 November, 2024)


Majlis Rumah Terbuka Deepavali PPP (People's Progressive Party) telah dijalanakan dengan meriah dan bermakna tahun ini selepas enam tahun berhenti seketika. Acara yang diadakan dengan penuh gilang-gemilang di perkarangan ibu pejabat PPP ini mengumpulkan ahli parti, pemimpin masyarakat, dan orang awam untuk meraikan sambutan Deepavali. Sambutan ini menonjolkan komitmen parti kami dalam memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Rumah terbuka ini dihadiri oleh tokoh-tokoh penting, termasuk Presiden PPP Dato' Dr. Loga Bala Mohan, Presiden Gerakan iaitu YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau, Ahli Parlimen Seputeh YB Teresa Kok, YBhg Datuk Rizalman Mokhtar Setpol dan YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Naib Presiden MIC Datuk T. Murugiah, YBhg Tan Sri Dr. Palan dan pemimpin lain, yang menekankan kepentingan sambutan budaya dalam mengukuhkan perpaduan antara satu sama lain. Acara ini menampilkan persembahan budaya tradisional India, muzik, tarian, serta pelbagai hidangan perayaan yang menjadikannya ianya satu kenangan indah yang tidak dapat dilupakan bagi semua yang hadir.Kemunculan semula ini menandakan usaha baharu oleh PPP untuk kembali berhubung dengan penyokong akar umbinya dan menunjukkan peranan aktifnya dalam mempromosikan warisan budaya dan keharmonian di Malaysia.